Friday, May 7, 2010

Pesanan Rasulullah Tentang Kesihatan

Oleh Admin pada 23 Apr, 2008 dalam kategori Agama. Anda boleh ikuti komen bagi artikel ini melalui RSS 2.0. Anda boleh menulis komen dan trackback kepada entri ini dari laman web anda.

Kesihatan merupakan nikmat yang sangat besar dalam hidup dan mesti dijaga dengan seelok-eloknya. Bila kesihatan terjejas, nescaya prestasi dalam lapangan hidup yang lain pun sedikit sebanyak akan turut terjejas. Nabi Muhammad S.A.W. banyak berpesan kepada umatnya agar menjaga kesihatan sebagai langkah mencegah penyakit, supaya kita dapat membuat amal kebajikan yang sebanyak-banyaknya. Berikut adalah antara pesanan Rasulullah dalam hal penjagaan kesihatan.

  1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan juga ubatnya, kecuali ajal. Firman Allah bahawa sesiapa yang hidupnya menurut petunjuk al-Quran akan lanjut usianya.
  2. Asal segala penyakit ialah sejuk. Oleh kerana itu, makanlah apabila perlu dan jangan makan jika tidak perlu. Maksudnya janganlah kita masih makan sedangkan kita dalam keadaan kenyang.
  3. Perut itu rumah penyakit dan puasa itu raja segala ubat. Jadikanlah puasa itu kebiasaan anda.
  4. Pada pandangan Allah, makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai.
  5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang yang lain ialah makan dengan para Nabi. Maksudnya di sini hidup bersosial adalah sangat ditekankan dan seelok-eloknya makanlah bersama-sama keluarga atau sahabat-sahabat dalam suasana yang harmoni.
  6. Biarkanlah makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas (terlampau panas) itu tidak berkat.
  7. Apabila makan, tanggalkanlah kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.
  8. Ada keberkatan pada makanan di tengah pinggan. Oleh itu mulakanlah makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. Maksudnya hendaklah kita jangan tamak dengan menerkam makanan yang di tengah (ditengah biasanya diletakkan lauk yang sedap tu..)
  9. Ada keberkatan dalam tiga perkara iaitu sarapan pagi, roti dan sup.
  10. Berus gigi dengan “miswak” (kayu sugi??) selepas makan dan berkumur-kumur kerana kedua-dua amalan ini ialah penjaga gigi.
  11. Gunakan miswak kerana amalan ini datang dari kebersihan, kebersihan datang dari iman dan iman membawa seseorang itu ke syurga.
  12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (tidak membazir).
  13. Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam jemaah.
  14. Kurang makan kuranglah dosa.
  15. Menimbunkan dalam pekara berikut adalah dilarang iaitu menimbunkan gandum, barli, kismis, sekoi, lemak, madu lebah, keju, walnut dan zaitun.
  16. Jangan minum sambil berdiri kecuali orang yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha.
  17. Sarapan pagi pada waktu fajar (dinihari) ada berkatnya.
  18. Ketika aku mikraj, tidak ada seorangpun malaikat yang tidak berkata, “wahai Muhammad s.a.w. beritahu ummat mu supaya berbekam.
  19. Siapa yang sakit selama 7 hari, maka ia adalah penghapus dosa selama 70 tahun.
  20. Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata (bukankah timbangan nikmat mata lebih berat dari ibadat 500 tahun) dan tidak ada kerunsingan seperti kerunsingan kerana berhutang.
  21. Apabila Nabi s.a.w. menziarahi orang sakit, baginda biasanya berkata, “hindarlah (nyahlah) perdaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh, dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau”.

Itulah antara sunah Rasulullah, tidak rugi jika diamalkan.

Artikel ini dipindahkan dari laman web asal PasirMas.Co.Cc yang gugur setelah berkhidmat sekian lama. Setiap pengakhiran membawa permulaan baru…

14 PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR

  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

  14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

  15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Sumber: The Psychologist Magazine

UTUSAN PENGGUNA,JULAI 1996, JIL 19 BIL 7, M/S 20

BAIK BURUK DIET SESUKA HATI

Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

  1. Diet epal dan detoks.

Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.

  1. Diet elak nasi.

Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!

Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.

Komen Pakar : Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.

  1. Makan tiga sudu.

Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.

Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.

Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.

Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber : Majalah Mingguan wanita, Bil: 1286, 11-17 Julai 2008.

PENENTUAN KEJAYAAN BELAJAR SECARA INDIVIDU

Terdapat banyak strategi belajar untuk membuahkan hasil yang baik. Strategi belajar antara seseorang pelajar dengan yang lain pada asasnya sama tetapi kejayaan setiap strategi yang digunakan tidak semestinya sama. Secara umumnya terdapat dua strategi yang sering digunakan pelajar semasa proses belajar dijalankan iaitu belajar secara berkumpulan iaitu koperatif atau kolaboratif dan belajar secara individu. Dalam hal ini, terdapat di kalangan pelajar yang menggunakan kedua-dua strategi ini dalam suatu masa. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya ruang untuk belajar secara berkumpulan ini sukar diperoleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan umpamanya kedudukan rumah yang berjauhan, sukar mencari rakan yang ingin menyertai kumpulan dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Bagi pelajar asrama masalah ini tidak begitu ketara kerana kesempatan tersebut boleh diperolehi dengan mudah.

Lanjutan masalah di atas, pembelajaran secara individu merupakan pilihan utama di kalangan pelajar yang tidak berpeluang melaksana pembelajaran secara koperatif. Strategi ini merupakan peluang bagi pelajar melaksana tanggungjawab secara bersendirian dan mengawal kelancaran pembelajaran masing-masing. Kualiti atau hasilan belajar secara individu amat bergantung rapat kepada bahan atau sumber yang digunakan.

Andaian-andaian yang mempengaruhi pembelajaran secara bersendirian ini:

  • Jumlah masa dan amalan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran berbeza di antara satu sama lain. Hal ini bergantung kepada kebolehan dan kemahiran asas yang ada pada diri seseorang pelajar. Oleh itu, jika masa yang digunakan untuk menjalankan aktiviti belajar untuk sesuatu mata pelajaran terlalu lama, anda tidak perlu bimbang kerana ada kemungkinan penguasaan asas tentang subjek tersebut masih kurang.Yang penting anda jangan cepat putus asa. Jika anda berfikiran positif, anda akan katakan bahawa bukan semua mata pelajaran anda lemah tetapi hanya beberapa mata pelajaran sahaja yang lemah.

  • Merancang dengan baik bahan yang ingin dipelajari. Sebagai pelajar anda perlu mengikuti unit-unit yang dipelajari dan bijak menentukan masa. Pada peringkat ini, seseorang pelajar perlu menyusun bahan-bahan yang hendak dipelajari dengan baik yakni disusun dengan kemas dan teratur mengikut urutan umpamanya dari mudah ke peringkat susah atau dari konsep asas kepada konsep yang kompleks. Hal ini penting terutama untuk menyiapkan nota-nota ringkas atau proses membuat latihan tertentu.

  • Sumber atau bahan yang tidak mencukupi akan mengurangkan kefahaman atau penguasaan sesuatu konsep atau topik yang dipelajari. Sekiranya bahan-bahan rujukan tidak mencukupi, maka aktiviti yang dijalankan kurang berkesan dan efektif. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah buku teks sebagai rujukan utama, nota ynag disediakan guru, buku rujukan tambahan dan soalan-soalan yangboleh meningkatkan daya kefahaman masing-masing. Bahan atau sumber yang mnecukupi membolehkan seseorang pelajar membuat nota ringkas yang sistematik dan membuat latihan-latihan yang bersesuaian tentang sesuatu tajuk yang dipelajari. Pilih soalan yang seakan-akan sama dengan soalan peperiksaan sebenar. Sebagai panduannya, soalan-soalan latihan tersebut seakan-akan sama dengan soalan tahun-tahun lepas dari perspektif bentuk soalan, kata kunci soalan, gambarajah dan sebagainya. Soalan-soalan masa kini lebih menjurus kepada kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan generik.

  • Pembelajaran secara individu ini memerlukan seseorang pelajar menilai diri sendiri dengan cara menilai peningkatan dan pencapaian masing-masing. Menilai diri ini perlu dilakukan dalam berbagai cara sama ada dengan menjawab soalan peperiksaan atau menerangkan kepada rakan jika ada peluang. Walaupun seseorang pelajar boleh menjawab soalan dengan baik tetapi kadang-kadang jawaapannya terpesong daripada skema soalan khususnya dalam situasi peperiksaan. Masalah ini ada kaitan dengan penentuan isi sesuatu esei yang ditulis. Fenomena ini berlaku kerana pelajar tidak menguasai laras soalan, umpamanya perbezaan antara terangkan, jelaskan, bandingkan, huraikan, catatkan, nota ringkas dan sebagainya. Dalam konteks mata pelajaran yang lebih teknikal seperti mata pelajaran Sains, Prinsip Akaun, Geografi dan sebagainya penggunaan istilah dan konsep yang betul di samping laras bahasa mata pelajaran tersebut perlu dikuasai supaya makna ynag diberikan tepat dan memperoleh markah. Kesilapannya ini boleh menyebabkan anda tidak memperoleh sebarang markah walaupun dari segi penggunaan bahasa yang biasanya dianggap betul. Hal ini boleh diselesaikan dengan cara membuat jadual untuk dibuat ulangkaji dengan menyusun unit-unit atau topik-topik selama satu semester. Jika tidak masih banyak tajuk yang belum dibaca walaupun banyak masa yang telah diperuntukkan untuk mata pelajaran tersebut.

  • Seseorang pelajar tidak boleh memulakan unit yang baru selagi tidak menguasai unit yang awal. Meneruskan pembelajaran tanpa menguasai unit sebelumnya boleh menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Hal ini disebabkan setiap unit yang dibaca ada kaitan dengan unit yang lain. Perkara ini lebih ketara dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Ekonomi, Prinsip Akaun dan sebagainya. Anda perlu sabar dan tekun untuk menguasai setiap unit dan sekiranya terdapat masalah dalam unityang dibaca anda perlu merujuk dengan cepat kepada unit sebelumnya.

  • Setiap pelajar akan lebih bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana program pembelajarannya sendiri dan tidak terbatas di dalam kelas sahaja. Anda perlu memprogramkan diri anda di rumah dengan aktiviti membuat ulangkaji yang sistematik dan teratur. Pada umumnya, sebelum mempelajari sesuatu mata pelajaran anda perlu membaca sekurang-kurangnya sekali di rumah dan membuat ulangkaji dengan kadar secepat mungkin selepas membincangkannya dalam kelas, khususnya selepas penerangan guru supaya maklumat tersebut dapat difahami dan dikuasai dengan baik. Selain itu, anda perlumenyediakan jadual waktu harian dan mingguan iaitu Sabtu dan Ahad supaya hari kelepasan tersebut bermakna dari aspek pembelajaran. Cara-cara membuat nota, cara-cara mengingat, teknik menjawab soalan, skema sesuatu mata pelajaran perlu dipelajari sama ada daripada guru atau buku rujukan yang berkualiti.

Rancanglah pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing dalam sesuatu mata pelajaran yang ingin dikuasai dan menentukan keutamaan sesuatu mata pelajaran sebagai sasaran utama sebagai tujuan kerjaya pada masa akan datang.

Dewan Siswa Feb 2002 Ms 52 - 53

aMArah

Wanita bukanlah perhiasan mata..
Wanita adalah pelengkap di jiwa...
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia...
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata...
Manis mulut lidah kau berapi...
Tanpa sedari hati kau sakiti...
Ku menghargai segalanya...
Namun mungkin kau yang lupa...
Fikirkanlah...
Dengarkanlah...
Suaraku...
Ku tak bisa hapuskan... Amarah...
Walaupun engkau tahu...
Aku mahu...
Kamu mahu...
Aku tahu...
Kamu tahu...
Dan ku takkan tunjukkanku... Amarah...
Kerana aku tahu...
Segala yang berlaku...
Tetap akan berlaku...
Dimana kudratku...
Dia yang menentu... Dia yang menentu...
Yang... Hati wanita terlalu rapuh kau genggami... Yang... Ingin selalu dimanja dan disayangi...
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri...



usah sakiti wanita lagi...wanita makhluk yang dicptakan dari tulang rusuk adam..bukan dr kaki untuk disakiti...